BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 25, 2009

cerita kedai basheer

anda percaya hukum karma?ye.hukum ini tiada kaitan dengan kurma.kadang kala kita selalu mem'bahan'kan orang lain.sehingga kita lupa yang giliran kita untuk di'bahan'kan akan tiba juga nanti.ada orang akan dapat giliran yang sedimikian secepat mungkin.mem'bahan' orang pada pagi hari dan menjadi 'bahan' di malam hari.ada juga yang menjadi 'bahan' selepas 3 tahun.ya.sangat lama bukan.mem'bahan' selepas satu tempoh yang lama lebih kepuasannya berbanding 'bahan-bahan' harian.

aktiviti mem'bahan' ini kurang menarik jika tidak mendapat reaksi sewajarnya daripada si 'bahan'.reaksi-reaksi seperti blushing,emo,cuba berdalih dengan berbagai alasan ataupun hanya mampu mengangguk sebagai tanda setuju merupakan gaya-gaya yang akan dilakukan oleh si 'bahan' secara langsung mahupun tidak langsung.si 'bahan' akan kelihatan seolah-olah lemah tidak berdaya melakukan apa-apa.ya.memang perit.percayalah.aku paham bagaimana rasanya.ingin saja bangun dan terus beredar.tapi,sabar.percayalah akan tiba giliran masing-masing.bukan sekarang,mungkin esok.bukan esok,mungkin lusa.bukan lusa,mungkin tulat.dan seterusnya.

kehidupan seharian di perantauan agak membosankan.pintu pagar utama ke rumah pangsa dikunci seawal jam 11.30 malam.terasa seperti ketika umur 7 tahun yang tidak boleh lewat pulang ke rumah selepas waktu bermain.akan dikunci oleh ibu bapa yang penyayang.ditambah pula kedai-kedai yang dipaksa tutup jam 10.30 malam.turut menambah kebosanan dalam diri dan jiwa.kenapa tidak menelaah sahaja.ye.itu sebenarnya tujuan ke mari.tapi,sesungguhnya diri ini tidak mampu untuk terus menelaah secara 3 ke 4 jam berterusan.maka,aktiviti 'bahan-membahan' dijadikan hiburan.segelas chai bersama-sama chicken roll menambahkan seri.sangat seronok bukan.sekurang-kurangnya,inilah waktu untuk ketawa sehingga lupa diri sebentar.

'bahan',tukang 'bahan',bergantung pada giliran masing-masing pada malam itu.

pembuka selera,penambah seri,pengalas perut.

reminder/remainder: 8 batang rokok, 8 batang chicken roll, 8 helai jubah mungkin?

0 kritikan atau pujian: