BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 30, 2009

tajuk yang tak terpikir

"does the crime suits the punishment? especially when i'm right."

Sunday, November 29, 2009

orang beraya.kita beraya.

kali pertama beraya di perantauan.ok.dari sekolah lagi jeles dengan orang yang beraya di perantauan.nampak meriah.dan juga mungkin ingin kan suasana hari raya yang baru.*raya aidiladha je pon*

sini memang pelik bukan.sesetengah tempat di india raya lebih awal.tempat aku belajar raya lambat sehari.tak mengapa.merasa gak beraya dua hari.*tak pasal =p* aku rasa meriah juga beraya bersama rakan-rakan.dikumpul hampir semua pelajar IMS kira-kira 500+ orang lebih meriah kan lagi suasana dengan pelbagai warna dan ragam. =)

rakan ku...
"lu tak rasa ke,hari raya ni awek-awek tetiba ramai giler cun?"

diri ku...
"aah.btul.style.style. =)"
*sambil melihat keadaan sekeliling*

meriah bukan?yang aku musykil.aku yang tidak menggemari nasi impit secara tetiba merasakan nasi impit tu sedap.pelik bukan.mungkin sebab benda macam tu sangat rare.maka terus menjadi sedap.=p














*antara calon lembu terbaek korban tahun 1430h*


reminder/remainder: posting akan mula 1 hb disember.cuti ditarik.adoi.apa ini semua ujian.ceeewwaahh.abis la sudah perjalanan tidur petang ku.terpaksa juga aku komited terhadap posting demi masa depan.*memang dah plan nk cuti gak 2 minggu* =p

Friday, November 27, 2009

kata-kata hikmah

"the truth is ugly isn't it."

ya.kata-kata ini aku ambil dari ceritera bertajuk 'The ugly truth'.kadang-kadang sukar untuk kita ungkapkan kebenaran.kita merasakan suatu beban untuk menyatakan kebenaran kerana terlalu risau akan akibat nya yang bakal kita hadapi.sampai bila untuk kita menyelindung kebenaran?tiada istilah tipu atau bohong sunat.adalah lebih baik untuk menyatakan kebenaran daripada terus menyatakan dusta hanya untuk menutupi kebenaran itu.

walaupun kebenaran itu sukar untuk diterima oleh sesiapa yang sepatutnya tahu mengenainya.tapi, itu sepatut diterima dan dihadapi dengan akal yang waras.selagi kebenaran tidak dinyatakan.lebih banyak timbul nya dusta,tipu,bohong dan yang seangkatan dengan nya.bukankah itu lebih memudaratkan keadaan.

ini kerana, semua orang menilai sesuatu keadaan atau situasi itu dengan pendapat dan persepsi masing-masing.hanya orang yang menghadapi situasi sebenar yang faham dengan keadaan dirinya.sangat sadis jika orang yang hanya menilai sesuatu keadaan dengan pandangan yang cetek.
seperti menilai masakan tanpa merasa nya.contoh ini saja yang terlintas di fikiran.mungkin sedang menahan lapar.=p
bertambah sadis jika dia terus memberi pendapat atau persepsi yang buruk terhadap situasi itu.

ya.itulah manusia.

reminder/remainder: esok seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut bakrid.selamat hari raya aidiladha.maaf zahir batin.kali pertama menyambut hari raya di perantauan.alahai.bukan aku homesick ya.itu cuma ayat penyata. =)

owh,hampir terlupa.hari ini merupakan ulang tahun kelahiran farid.rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari lahir.

bangalore,10.39 p.m.

Wednesday, November 25, 2009

cerita kedai basheer

anda percaya hukum karma?ye.hukum ini tiada kaitan dengan kurma.kadang kala kita selalu mem'bahan'kan orang lain.sehingga kita lupa yang giliran kita untuk di'bahan'kan akan tiba juga nanti.ada orang akan dapat giliran yang sedimikian secepat mungkin.mem'bahan' orang pada pagi hari dan menjadi 'bahan' di malam hari.ada juga yang menjadi 'bahan' selepas 3 tahun.ya.sangat lama bukan.mem'bahan' selepas satu tempoh yang lama lebih kepuasannya berbanding 'bahan-bahan' harian.

aktiviti mem'bahan' ini kurang menarik jika tidak mendapat reaksi sewajarnya daripada si 'bahan'.reaksi-reaksi seperti blushing,emo,cuba berdalih dengan berbagai alasan ataupun hanya mampu mengangguk sebagai tanda setuju merupakan gaya-gaya yang akan dilakukan oleh si 'bahan' secara langsung mahupun tidak langsung.si 'bahan' akan kelihatan seolah-olah lemah tidak berdaya melakukan apa-apa.ya.memang perit.percayalah.aku paham bagaimana rasanya.ingin saja bangun dan terus beredar.tapi,sabar.percayalah akan tiba giliran masing-masing.bukan sekarang,mungkin esok.bukan esok,mungkin lusa.bukan lusa,mungkin tulat.dan seterusnya.

kehidupan seharian di perantauan agak membosankan.pintu pagar utama ke rumah pangsa dikunci seawal jam 11.30 malam.terasa seperti ketika umur 7 tahun yang tidak boleh lewat pulang ke rumah selepas waktu bermain.akan dikunci oleh ibu bapa yang penyayang.ditambah pula kedai-kedai yang dipaksa tutup jam 10.30 malam.turut menambah kebosanan dalam diri dan jiwa.kenapa tidak menelaah sahaja.ye.itu sebenarnya tujuan ke mari.tapi,sesungguhnya diri ini tidak mampu untuk terus menelaah secara 3 ke 4 jam berterusan.maka,aktiviti 'bahan-membahan' dijadikan hiburan.segelas chai bersama-sama chicken roll menambahkan seri.sangat seronok bukan.sekurang-kurangnya,inilah waktu untuk ketawa sehingga lupa diri sebentar.

'bahan',tukang 'bahan',bergantung pada giliran masing-masing pada malam itu.

pembuka selera,penambah seri,pengalas perut.

reminder/remainder: 8 batang rokok, 8 batang chicken roll, 8 helai jubah mungkin?

Tuesday, November 10, 2009

slam dunk

sakuragi yang meminati haruko yang meminati rukawa.

situasi yang.....aku sendiri tidak paham.
perlukah situasi berlaku?
susah bukan hidup.

reminder/remainder: wake up or break up. tajok buku yang agak catchy. dibeli oleh rakan aku.waa!!!bagus-bagus.

bangalore?or bengaluru?

hurm.sudah hampir sebulan di sini. tapi rasa macam baru saje smpai. kelas dah mula. semakin hari semakin byk bnda2 yg dicurahkan. semakin hari semakin aku rasa boleh sesuai kan diri dengan cara pengajaran di sini. boleh tido dalam kuliah sesuka hati tanpa perlu risau akan dihalau keluar dari kelas. eyh, bukan itu perkara utama yang nak disampaikan. lecturer di sini sangat menepati waktu. kelas mula tepat (lebih kurang la) pada waktu dan abis tidak tepat pada waktu sewajar nya. siap terlajak lagi.pastu, mula la kalut nak ke makmal. setakat ni, kalau lambat masuk tak ada la nak dihalau keluar. mungkin belum menunjukkan belang sebenar. siapa yang tahu kan. sangat berharap peristiwa yang x patut dikenang tidak berlaku. hidup seperti hell yang dilakukan oleh lecturer yang berasal dari tempat aku melanjutkan pelajaran sekarang. itu sudah cukup mengajar aku erti sebenar insan bernama pelajar.

dalam tempoh yang singkat ini, macam-macam sudah terjadi. sudah berapa orang demam termasuk diri aku sendiri. ada juga yang sudah berjahit-jahit. kenangan yang sudah pasti tidak akan hilang. lain lah kalau buat-buat lupa. sudah ada yang terluka di siku akibat lif yang tersangkut akibat lebihan muatan. ada juga yang hampir dilanggar keretapi akibat terlalu suka bergambar. tidak tertinggal ada juga yang MATADOR. ye, matador seperti gaya orang yang menjinak-jinak kan lembu di tengah gelanggang.

masih belum mempunyai niat untuk menceritakan suasana di bangalore. budaya. masyarakat. makanan. sistem pengangkutan. terlalu banyak isu yang perlu dikupas. tapi, masih belum tiba masa nya.


bukti kaki aku sudah jejak di bumi shahjahan.

reminder/remainder: new land, new life, new hope. mungkin hanya kata-kata. atau realiti. semua itu bergantung pada diri sendiri. sekian.