BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 14, 2010

salam perantauan

ramadhan datang lagi. syukur umur ku masih panjang. suasana yang sangat berbeza puasa kali ini.

tiada bazar.

tiada promosi buffet.

tiada iklan-iklan raya.

tiada lagi melepak di mcD menunggu set breakfast untuk bersahur jam 4 pagi.

tiada lagi pakcik legend.

tiada juga adrenaline rush mengejar waktu imsak di mcD subang.

tiada lagi rutin bulan ramadhan yang biasa aku buat sepanjang 2-3 tahun lepas. :(


jadual harian bulan ramadhan. (edisi berbuka)

6.15-6.30 p.m : naek riadah / bangun tido petang.

6.45 p.m : mandi dan bersiap ke surau.

7.00 p.m : selamat sampai di surau bukit jelutong.

7.15-7.30 p.m : azan maghrib pun berkumandang.

7.30 p.m : dimulakan dengan kurma dan appetizer. secara kompom nye, seminggu sekali mesti ada domino's pizza. :D

7.40 p.m : solat maghrib berjemaah.

7.50 p.m : berlumba dengan pakcik legend yang tak pernah kalah dalam Q tuk makan main course.
ok.lepas 2-3 tahun rutin ni. sekali je pakcik tu tak dapat first. tapi dapat second. tu pun sebab dia gi kencing kot.
lauk catering yang sangat meriah. setiap hari dua lauk yang berbeza-beza.

8.10 p.m : masing-masing dah tersandar kekenyangan. jemaah mula datang untuk solat isyak dan tarawih.
disebabkan khemah dekat dengan entrance, maka boleh lah ushar awek-awek bermuka suci datang bersama ibu mereka. :P

8.15-8.25 p.m : azan isyak pun berkumandang.
biasa nya akan stay solat isyak dan tarawih di surau yang sama. segan lah pula, takkan datang makan je kan.
kalau nak laju sikit tarawih nye, boleh ke masjid pangkalan. imam nye ibarat jet sukhoi. ;)

9.30 p.m : selesai sudah solat tarawih.
kalau stay di surau yang sama, moreh juga meriah dan berat. bihun sup lah. mee kari lah. soto lah. murtabak lah. bubur lah.

kalau moreh ni dah tak bersaing dengan pakcik legend. dia dah beransur sebelum jemaah berpusu-pusu datang tadi.
tapi ada pesaing baru, kanak-kanak yang datang hanya untuk menunjuk enset masing-masing.

murah nya rezeki di bulan-bulan puasa ni. :D

9.45 p.m : sampai rumah melepak. terbongkang. jarang sekali sambung menelaah. alahai....



reminder / remainder : itulah sebab nya kalau ramadhan, aku lebih suka berpuasa di shah alam. disamping solat sunat tarawih yang lebih terjamin, makan juga terjaga. :D
kalau kat rumah, ada malas-malas sikit nak tarawih nye. tapi kalau dapat kumpul satu family buka sama-sama seronok juga. haish...

Monday, August 9, 2010

hoping for rainbows when u see a clear sky

memang tak hensem. tapi manes itu ada. LOL.

*quote from others facebook description*



reminder / remainder : "lu kalah, lu mampos." atau dalam bahasa melayu nye "once you lose, you are dead."

slow doesn't mean motionless.

dah dekat setengah jam tengok blank page ni.

nak tulis.tapi tak terungkap.
mungkin terlalu penat.tapi aku tahu itu semua alasan.
tengok luar tingkap.gelap semata.
anjing sahaja yang menyalak.bergaduh merebut kawasan mungkin.
a hectic weekend.yet very enjoyable.
tak terasa terbazir pun masa yang terlepas.

okay.esok monday blues ye.


reminder / remainder : yeeehhaaa!!! man utd menang. kinda good starts. but dat doesn't mean it'll ends good. and this do apply in our daily life.




mari berkaraoke sebentar. :D

Saturday, August 7, 2010

pencuri bukan penipu

how i wish i can sleep there at the balcony.


watching the empty sky.

no sparkling stars. neither do the smiling moon.

waiting for the sunrise......


Friday, August 6, 2010

tak tahu lah kan.

bila hidup kat perantauan ni, takkan lah terlepas pengalaman baru yang memang tak pernah terfikir pon akan jadi kalau kat malaysia.

ok. kalau setakat orang kencing tepi jalan tu dah sangat biasa. even budak kecik pon berak tengah jalan.

kalau jalan jam pulak, jangan terkejut kalau sebab nye lembu dah curi satu lane.melepak suka hati je.

kalau bunyi hon tu dah macam mainan. picit hon bila nak belok, nak lalu jalan yang bertentangan dan macam-macam lagi hon ni dipicit. ala-ala multipurpose lah.


hari ni pulak hantar moto ku ke servis. mula-mula ingat awal lagi dan maybe bengkel pon tak bukak lagi. sekali, bila dah sampai... mak aiiiii~ panjang pula lah Q nye. siap ada no giliran lagi. aku terpikir salah tempat ke. bengkel ke hospital kerajaan ni.

bila sampai giliran, datanglah seorang pegawai kat moto aku. dia pon tanya ada apa-apa masalah ke. terus dia test drive moto ku. dah siap tu, dia tanya lagi "any other complaint sir?"
siyes aku dah rasa macam history taking. nasib dia tak mintak elaborate HOPI semua.
dia pon sambung tulis kad ala-ala kat hospital tu. "ok sir, tomorrow delivery at 6"
owh.moto ku 'discharge' kul 6 esok.

walaupun cakap delivery, aku gak kena pergi sana ambik.

=.="

sangat lah tak sama dengan bengkel kat malaysia. tak ada pulak nombor giliran ni.sampai kat bengkel je. "pek, kasi servis moto." aku pon pergi amik minyak hitam mana nak guna.pastu tunggu situ setel kan.



reminder/remainder : aku rasa dah sampai masa lah blog ni tukar nama.dah lama sangat pulak. idea ohhh idea.

Tuesday, August 3, 2010

bila nescafe yang dibancuh pon terasa kelat.

ikut waktu india sekarang (6.00 am), cam sangat rare aku akan bangun waktu-waktu gini bila kat rumah.

kalau pun aku bangun, dan tak tido semula. sure respon gini aku dapat daripada adek ngan mak aku.

"awal bangun hari ni. nak pergi mana-mana ke?"

-.-"


reminder/remainder: kalau lah kat india ni ada makcik jual nasi lemak kat tepi-tepi jalan, hari-hari aku bangun awal macam ni. beli nasi lemak sambal lebih lauk kerang. :D

Monday, August 2, 2010

monday blues.pink.yellow.and purple.

kalau lah tulis buku rekod famaco macam taip mesej kt enset.

kan seronok,mudah, ringkas dan cepat.

tak ada la aku terpaksa stress buat kerja kan.ish3.