BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Friday, August 6, 2010

tak tahu lah kan.

bila hidup kat perantauan ni, takkan lah terlepas pengalaman baru yang memang tak pernah terfikir pon akan jadi kalau kat malaysia.

ok. kalau setakat orang kencing tepi jalan tu dah sangat biasa. even budak kecik pon berak tengah jalan.

kalau jalan jam pulak, jangan terkejut kalau sebab nye lembu dah curi satu lane.melepak suka hati je.

kalau bunyi hon tu dah macam mainan. picit hon bila nak belok, nak lalu jalan yang bertentangan dan macam-macam lagi hon ni dipicit. ala-ala multipurpose lah.


hari ni pulak hantar moto ku ke servis. mula-mula ingat awal lagi dan maybe bengkel pon tak bukak lagi. sekali, bila dah sampai... mak aiiiii~ panjang pula lah Q nye. siap ada no giliran lagi. aku terpikir salah tempat ke. bengkel ke hospital kerajaan ni.

bila sampai giliran, datanglah seorang pegawai kat moto aku. dia pon tanya ada apa-apa masalah ke. terus dia test drive moto ku. dah siap tu, dia tanya lagi "any other complaint sir?"
siyes aku dah rasa macam history taking. nasib dia tak mintak elaborate HOPI semua.
dia pon sambung tulis kad ala-ala kat hospital tu. "ok sir, tomorrow delivery at 6"
owh.moto ku 'discharge' kul 6 esok.

walaupun cakap delivery, aku gak kena pergi sana ambik.

=.="

sangat lah tak sama dengan bengkel kat malaysia. tak ada pulak nombor giliran ni.sampai kat bengkel je. "pek, kasi servis moto." aku pon pergi amik minyak hitam mana nak guna.pastu tunggu situ setel kan.



reminder/remainder : aku rasa dah sampai masa lah blog ni tukar nama.dah lama sangat pulak. idea ohhh idea.

Thursday, March 4, 2010

bila otak dah tak sehaluan dengan hati

niat nk menatap buku dengan harapan tuk study.tapi, nak buat macam mana.niat dah ada, otak lak asyik reject.hurm.
kesimpulannya, lepak kat balcony sambil menatap bulan.di tangan ada buah strawberry.angin bertiup pulak.brrrrrr~ sejuk gilos.

fuhh.masyuk kan.tetiba syok gilos melantak strawberry. =D

Saturday, February 27, 2010

wise man say

haish.kenapa lah aku gatal-gatal menjebakkan diri dalam permainan yang aku tahu bagaimana kesudahannya.

for sure the ending ain't gonna be good.


reminder/remainder : Only fool tests the depth of the water with both feet. =.="

Tuesday, December 8, 2009

mata yang berkaca tapi...

ok.lengkap kan tajuk. " mata yang berkaca tapi ego tetap seteguh batu nisan "
tajuk yang tiada kaitan dengan post kali ini. mari kita lihat.





at d beginning. it starts to bloom....






slowly, it starts to fade...






...fading...






...faded...yet, there's always sumthing left deep inside.



reminder/remainder: post yang tiada kaitan dengan insan yang hidup atau yang telah mati. tiada apa yang hendak diungkapkan. hanya keletihan selepas 14 jam perjalanan daripada manipal ke bengaloruu.
=)

Sunday, November 29, 2009

orang beraya.kita beraya.

kali pertama beraya di perantauan.ok.dari sekolah lagi jeles dengan orang yang beraya di perantauan.nampak meriah.dan juga mungkin ingin kan suasana hari raya yang baru.*raya aidiladha je pon*

sini memang pelik bukan.sesetengah tempat di india raya lebih awal.tempat aku belajar raya lambat sehari.tak mengapa.merasa gak beraya dua hari.*tak pasal =p* aku rasa meriah juga beraya bersama rakan-rakan.dikumpul hampir semua pelajar IMS kira-kira 500+ orang lebih meriah kan lagi suasana dengan pelbagai warna dan ragam. =)

rakan ku...
"lu tak rasa ke,hari raya ni awek-awek tetiba ramai giler cun?"

diri ku...
"aah.btul.style.style. =)"
*sambil melihat keadaan sekeliling*

meriah bukan?yang aku musykil.aku yang tidak menggemari nasi impit secara tetiba merasakan nasi impit tu sedap.pelik bukan.mungkin sebab benda macam tu sangat rare.maka terus menjadi sedap.=p














*antara calon lembu terbaek korban tahun 1430h*


reminder/remainder: posting akan mula 1 hb disember.cuti ditarik.adoi.apa ini semua ujian.ceeewwaahh.abis la sudah perjalanan tidur petang ku.terpaksa juga aku komited terhadap posting demi masa depan.*memang dah plan nk cuti gak 2 minggu* =p

Friday, November 27, 2009

kata-kata hikmah

"the truth is ugly isn't it."

ya.kata-kata ini aku ambil dari ceritera bertajuk 'The ugly truth'.kadang-kadang sukar untuk kita ungkapkan kebenaran.kita merasakan suatu beban untuk menyatakan kebenaran kerana terlalu risau akan akibat nya yang bakal kita hadapi.sampai bila untuk kita menyelindung kebenaran?tiada istilah tipu atau bohong sunat.adalah lebih baik untuk menyatakan kebenaran daripada terus menyatakan dusta hanya untuk menutupi kebenaran itu.

walaupun kebenaran itu sukar untuk diterima oleh sesiapa yang sepatutnya tahu mengenainya.tapi, itu sepatut diterima dan dihadapi dengan akal yang waras.selagi kebenaran tidak dinyatakan.lebih banyak timbul nya dusta,tipu,bohong dan yang seangkatan dengan nya.bukankah itu lebih memudaratkan keadaan.

ini kerana, semua orang menilai sesuatu keadaan atau situasi itu dengan pendapat dan persepsi masing-masing.hanya orang yang menghadapi situasi sebenar yang faham dengan keadaan dirinya.sangat sadis jika orang yang hanya menilai sesuatu keadaan dengan pandangan yang cetek.
seperti menilai masakan tanpa merasa nya.contoh ini saja yang terlintas di fikiran.mungkin sedang menahan lapar.=p
bertambah sadis jika dia terus memberi pendapat atau persepsi yang buruk terhadap situasi itu.

ya.itulah manusia.

reminder/remainder: esok seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut bakrid.selamat hari raya aidiladha.maaf zahir batin.kali pertama menyambut hari raya di perantauan.alahai.bukan aku homesick ya.itu cuma ayat penyata. =)

owh,hampir terlupa.hari ini merupakan ulang tahun kelahiran farid.rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari lahir.

bangalore,10.39 p.m.

Friday, August 7, 2009

ini tidak adil!!!



*gamba ni xde kaitan ngn tajok..siyes2*

kita slalu dgr.."idup ni x adil!!!ko tgk bdk tu, selebet je..tp awek pnye la lawa" *ni cth je*
klau kita pikir2 balik..mayb btul la kn dunia ni x adil (name pon dunia..klau akhirat tu kompom la adil kn) ngn bnda2 yg jd kt keliling kte..

situasi2 laen yg nampak cm x adil:
1. sesetengah org tu tggi tp ade gak org yg krg tggi. Women tend to prefer taller men. sungguh x adil kn.heheheh
2. sesetengah laki tu, mmg ade attraction kt gurl. nk ckp hensem ke,kaya ke, tggi ke. xde pon sumer tu. tp still awek punye la hot kn.
3. sesetengah (perkataan ni lg) ade org tu respon baek nye kt ko.tp sok nye, org tu bley plak angin2 kt ko xpsl2 kn. ni sgt x adil!!!

okieeee
suda2 la ckp psl x adil..sbnr nye, ade hikmah kejadian2 ni..
klau la idop ni sgt ADIL sumer org akn dpt sumer yg diowg nk..
maka..org akn jd pemalas..sbb da dpt pe yg diowg nk..
jd xde sbrg kemajuan dlm idop..
kn bnda tu x bgus..
ehehhe

klau la idop ni sgt ADIL lagi..
sumer org nk jd tggi, cantek, hensem, cun, kaya, menawan etc.
abih tu, spe nk jd pendek, huduh, miskin, kurang menawan etc.???
maka, xde la variasi dlm idop ni..
idop akn jd busan..asyik2 tgk bnda sme je..
xde org huduh tuk dikutok, xde org2 ensem tuk dipuja (cth nye edward cullen)..kn3??
oleh sbb demikian, ade la hikmah nye adil ngn tak adil di dunia ni kn
=)


p/s: post kali ni x bley diaplikasikn dlm struktur pentadbiran negara ye. tuk pemerintahn negara kena la telus bersih dan adil..ceewwaaahh..
=p