BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 6, 2010

tak tahu lah kan.

bila hidup kat perantauan ni, takkan lah terlepas pengalaman baru yang memang tak pernah terfikir pon akan jadi kalau kat malaysia.

ok. kalau setakat orang kencing tepi jalan tu dah sangat biasa. even budak kecik pon berak tengah jalan.

kalau jalan jam pulak, jangan terkejut kalau sebab nye lembu dah curi satu lane.melepak suka hati je.

kalau bunyi hon tu dah macam mainan. picit hon bila nak belok, nak lalu jalan yang bertentangan dan macam-macam lagi hon ni dipicit. ala-ala multipurpose lah.


hari ni pulak hantar moto ku ke servis. mula-mula ingat awal lagi dan maybe bengkel pon tak bukak lagi. sekali, bila dah sampai... mak aiiiii~ panjang pula lah Q nye. siap ada no giliran lagi. aku terpikir salah tempat ke. bengkel ke hospital kerajaan ni.

bila sampai giliran, datanglah seorang pegawai kat moto aku. dia pon tanya ada apa-apa masalah ke. terus dia test drive moto ku. dah siap tu, dia tanya lagi "any other complaint sir?"
siyes aku dah rasa macam history taking. nasib dia tak mintak elaborate HOPI semua.
dia pon sambung tulis kad ala-ala kat hospital tu. "ok sir, tomorrow delivery at 6"
owh.moto ku 'discharge' kul 6 esok.

walaupun cakap delivery, aku gak kena pergi sana ambik.

=.="

sangat lah tak sama dengan bengkel kat malaysia. tak ada pulak nombor giliran ni.sampai kat bengkel je. "pek, kasi servis moto." aku pon pergi amik minyak hitam mana nak guna.pastu tunggu situ setel kan.



reminder/remainder : aku rasa dah sampai masa lah blog ni tukar nama.dah lama sangat pulak. idea ohhh idea.

0 kritikan atau pujian: