BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 30, 2010

pening

bangun pagi je wa terus konpius dengan dua team ni.


mana yang wa tengok semalam?

adoi. konpius-konpius.



team ni ke?


team ni??


siyes -ly wa konpius. pening wa pikir.

suzuki swift

wa rasa macam dah lama je malaysia tak menang piala.


maka, bila dah masuk final semangat wa nak tengok pon buak-buak.

dah umah wa tak ada letrik pulak. terpaksa lah wa menempek kat umah member.
berbekalkan dua uncang teh lipton perisa vanilla baru lah tak terasa malu sangat.
ada ke datang tangan kosong. bapak segan bhai.

daripada 1st leg sampai lah abis 2nd leg final tadi, memang team malaysia maen lain gila.

cantek gila-babeng. gol-gol safee sali dah boleh masuk gol kelas tinggi.

lu maen dah serupa itu the drog lah safee.

trimas lah timnas, lu kasi kalah gajah puteh itu hari.
last-last, burung jumpa rimau kat final.
tapi, wa punya rimau siap dah bagi satu own goal lagi. kira even lah ye cik burung.
kahkahkahkah...

wa rasa lah kan, patot nye Matyo lah patot dapat MVP.
baru lah macam hadiah kawen bhai.
pe barang kasi mamat missed penalty dapat award, ye dak?

ahhahahahahahahhahaha




reminder/remainder : bukan wa tak nak jadi sharp. tapi keadaan sekeliling maen peranan gak bhai. sini maen kat padang pasir, banyak habuk. mata wa pun pedih lah macam kena laser.ahahhahahaha

agak-agak lu lah kan kalau wa ada awek supportive macam Apex nye gf tu, boleh kasi maen lagi semangat kot. nak jadi sharp semula pon tak ada masalah.ye dak??

Wednesday, December 29, 2010

&

sebelum aku terus tak sedar diri semalam,


aku ada terpikir.

hidup ni ada kala nya seperti makan aiskrim.

ada perisa yang kau minat,

ada perisa yang kau tak suka.

mungkin ada juga orang lain yang berkongsi minat terhadap perisa aiskrim yang sama.

jika perasa yang kau minat itu habis, sudah mungkin tiba masa nya untuk kau cuba merasa aiskrim perisa-perisa yang lain.

manakan kau akan sedar nikmat perisa yang laen selagi tidak merasa nya.

hurm...

andai lah perisa yang diminati itu ada lagi, anggap lah seperti rezeki serta tuah badan.
dan ada kala nya, tak salah untuk tunggu perisa itu restock semula. -.-"



on top of these, tak kesah lah berapa banyak perisa aiskrim yang ada. u wont discover the greatness of it without tasting it. well, somes are sweet while others may be bitter.
u should enjoy it before it melts.





well, gelato is an irresistible kind of ice cream.yet, it do melts fast enough...

Wednesday, December 22, 2010

#

ingin aku menatap.


memang tak cukup.

ingin aku ungkap.

tidak sekuat segagah itu.

tapi takat mana yang termampu.

itu saja yang aku rasa.



aku terus senyum.

ada kala palsu, ada kala ikhlas.



Sunday, December 19, 2010

dumb-phone??

bila lu berada dalam komuniti yang mana semua pun guna smart-phone,

secara tak tersedar lu rasa macam nak campak je fon yang tak berapa nak smart kan.
apa lah gaya sangat nak pakai smart-phone ni.
bukan kalau lu guna, kehenseman lu naik 40% pon.
tapi, bila wa pikir semula.
smart-phone ni boleh la membantu masa lu tengah busan dengar lecture.
lu boleh online,ym lah, fb lah, youtube lah,blog lah.
tak ada lah lu tido sampai berdengkur kan dalam hall.
lepas habis 2 jam lecture, kuar muka tersenyum puas.
sebab masa tak disia-siakan lah lu rasa.


tapi bila lu mula nak buat revision nanti.
baru lu tercengang.
"eyh, bila lah pulak wa dah belajar topik ni kan."
ambik penangan lu punya phone yang smart sangat tu.
ahahahahhahahahahahahahhahahhaha


reminder / remainder : wa nak angkat gak lah smart phone. samsung tab pon masyuk gak. tapi tak ada duit lah pulak.adeh.

Friday, December 17, 2010

kawan ^^

tengah wa buang masa menatap facebook.

tetiba kuar kat news feed kan.
orang tu wish la, orang ni wish la.
semua wish congrats kat member wa.
terus la wa bukak profile dia.
pas wa kaji-kaji deep sikit lagi.
dapat lah wa tau kenapa orang semua wish congrats.
mula-mula wa ingat dia nak kawen.terkejut gak wa.

rupa nya dia dapat grad 1st class beb.
dah la study oversea.
engineering course tahu.
bumiputra pulak tu.
perempuan lagi.
haaaa....mana lah wa tak gamam.


wa ingat nak gak lah drop 'congrats' nye komen.
tapi nanti takot dia pelik.
lama dah tak berbicara.tak pasal nanti dia reply gini...
"bila tah aku kawan dengan mamat ni"
tak ke segan malu blushing wa nanti.ehhehehehe



remainder/reminder : agak-agak kalau budak yang wa cakap ni baca blog wa. wa nak wish gak la. "congrats la kat lu.memang terbaek la lu. ^^ " hihihihihihihihihih

Thursday, December 16, 2010

derrrr

tengah wa baring-baring tengok siling.

wa terpikir.
apa lah benda wa perlu sangat skang ek?


wa rasa wa nk beli lah cermin besar dinding.
baru wa boleh tengok muka ni hari-hari.
gila dah agak nye.
hahahahaha


wishing a great, bright future ahead.
hurm....

Tuesday, December 14, 2010

gaya bhai.


ada masa nye, kita tak perlukan kata-kata untuk menerangkan sesuatu situasi.
gaya dan persembahan dalam hidup boleh memainkan peranan.
bergantung lah kepada masyarakat bagaimana hendak mentafsir.



.

reminder /remainder : gambar ni wa cilok dari fb member wa.tq banyak-banyak.

Wednesday, December 8, 2010

luka itu apa


keep hearing the same song again and again is something that i guessed the only im good at.
well, it does took u a lot of tyme to get into the song and the lyric aite. -.-



reminder/remainder : amik lu. sakit kaki pergi lanyak lagi kan.semalam nak lari pun tak boleh. lepas ok kejap pastu, lanyak semula kaki ni. agak-agak dah kudung nanti baru tak lanyak dah kot. -.-"

Sunday, December 5, 2010

apa yang tak ada

ada duit lu bazir-bazir.


ada keje lu tak buat.

ada masa lu buang-buang.

ada barang lu kasi hilang.

ada hati pulak lu kasi campak-campak kan.

hahahahahahahahahahahahha

"-.-

Saturday, December 4, 2010

violinist

kalau berkapel lah kan.istilah kat bawah ni wa rasa sesuai dan boleh digunakan.


1. guarantee.
macam kalau lu pergi beli barang yang ada guarantee. kalau rosak, lu terus je hantar semula. tukar dapat yang baru.

kalau kapel pulak. dan secara sengaja atau tak hubungan tu melingkup pulak. korang pun clash. lepas tu dapat pulak awek baru. masyuk beb kalau guarantee macam ni. ^^


2. warranty.
kalau barang yang lu angkat kat kedai tu ada warranty je. kalau rosak lu anta semula, tapi tak ada la terus dapat yang baru. lepas beberapa hari dah siap repair, lu angkat semula benda tu bawak balik rumah. pastu buat macam tak pernah ada apa-apa jadi.

kalau lu kapel kan. lepas tu tiba-tiba gaduh. rosak pulak relationship lu. korang pun try lah repair. kalau tak mampu pulak lu consult member-member tuk bagi repair gak. lepas dah baek tu, korang pun kembali bersama. buat macam tak pernah jadi apa-apa sebelum ni. berkepit baek punya tak mau lepas.



reminder / remainder : amacam mau kira sekarang? lu nak yang mana. guarantee ke warranty.pilih bhai. jangan sampai wa yang pilih tuk lu.hahahahahah

Friday, December 3, 2010

dunhill kotak hijau.

adus.penat dah nak tatap robbins ni.

wa pun pergi terjah bilik housemate wa.
selubung baek punya dia atas kerusi kan.
"jom pergi mmz" wa cakap yakin.
tengah-tengah sejuk macam ni, layan gak kan kalau kena dengan roti pisang dengan teh halia.
budak tu pun nyahut jom. dia cakap "kalau ada 7e pun layan jugak kan"

macam haram sindir menyindir.
kadang-kadang nak stress dengan tempat ni pun tak guna.
bukan boleh ubah apa-apa.
banyak sangat cacat cela~ka.
kat sini roti telur pun tak ada.apa cerita.
harap parota je. memang lah tak inventif langsung.
kalau kat malaysia, pandai pulak korang reka roti pisang la.roti bom la.roti jantan la.roti kaya la.
adeh.

"-.-

Thursday, December 2, 2010

projectile

wat coming next?

hurm.dis was coming thru my mind bout hours ago.
dem. it really bothers me much.
sudah tamat dan rasmi nya umur bertambah setahun lagi.
bila tengok semula ke belakang. apa yang aku nampak.

ada benda yang buat aku sangat down.
ada juga benda yang buat aku sendiri malu tengok muka sendiri.
but then,
ada juga benda yang buat aku bangga dengan diri sendiri walaupun tak banyak.
nama pun hidup lah kan. mesti lah aku ada buat macam-macam.
lain lah kalau dah mati. asyik kat bawah tanah je.
tapi.
lepas setahun, aku masih rasa di takok lama.
tak ada kemajuan.naseb lah tak patah balik ke tahap lagi teruk kan.

maka.setahun akan datang.
aku harap ada lah kemajuan.
sikit pun tak apa lah. janji ada. [:



ok lah. aku ada kawan.ari lahir dia sehari lewat dengan aku.

epi besday fqn. semoga lu terus maju bhai. nice. q:

trima kasih kawan-kawan yang wish. siap ada nak wish last tu. (;


reminder/remainder : kalau ikut kan. aku dah ada plan baik nye dalam 4-5 ari lepas besday. tapi, nama pon plan kan. dah berbulan-bulan lepas aku tercancelkan plan tu.
cause u'll never know wat will hit u next. some may be hitting u really hard til u prefer to be in d unconscious state. "-.-