BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, September 6, 2010

craving...

tengah aku syiok nye mengelamun dalam jamban, aku pun terfikir.
"eyh, jumaat ni dah last day puasa."
punya lah tak sedar. tak ada perasaan nak raya pun.
kalau ikut pengalaman hidup 22 tahun lebih ni.
tiap-tiap kali dah nak dekat raya tak penah aku tak balik rumah lagi time-time macam ni.
paling lambat pun lagi seminggu nak raya.


rutin nak dekat raya ni biasa lah, kena drill tolong buat kuih raya.
nak buat macam mana. kesian pulak tengok mama sorang-sorang kat dapur lepas sahur.
kelam kabut buat kuih yang mana sempat sebelum siap-siap nak pergi sekolah mengajar pulak pagi tu.
kalau belah malam pulak, lepas tarawih tu.
memang aku dah tau lah job yang akan diberi.
walaupun tak pernah dinyatakan secara official, aku tau memang portfolio aku lah kek lapis masam manis ni.
kadang tu, yang tak tahan. sampai 6-8 buku kek satu malam.
terkincit gak la nak buat nye.
mengadap kukus tu punya lah bosan. kot tengok muka awek orait lah jugak. ye dak.


macam ni lah lebih kurang hasil dia.
tapi gambar ni aku cilok je kat sini.

sekarang ni lepas sahur, aku mengadap buku pulak.
alahai...



kek lapis masam manis


reminder / remainder : kadang-kadang tu cabaran tu mendatangkan benda yang positif kan. ye dak. :P

owh.terlupa pulak. mama aku kirim salam. dia pesan kat aku dengan kawan-kawan sekalian jawab exam tu elok-elok.

agak-agak pagi raya mama aku menangis tak aku tak balik?

3 kritikan atau pujian:

uze said...

thank you mama

Ikster said...

Kek lapis Barb wat sdap...

Nak lagi! =3

Gud luck la exam kat sane =)

_b4rb_ said...

uze : =D

ika : thnx.da x bwat da.bersara2. :P