BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, April 19, 2010

Where there is a mother in the home. all matters go well under control.

jam dah hampir 2 pagi. kalau ikut waktu malaysia ni. dah lama agak nya aku tido. mata cerah je sekarang tapi kaki masih sakit. sekarang fasa bengkak pula lepas fasa luka yang pedih. tolong lah cepat sembuh. esok perlu (wajib) ke kelas. dah 5 hari aku berehat. sangat nikmat ye. naseb pada minggu depan. kalau tak, aku sendiri tak tahu macam mana nak jawab nanti.

sambil mendengar lagu-lagu peterpan aku mencari ilham untuk menaip. sangat terasa mahu menaip tapi tak ber'idea'. urrgghh.

ok. tempoh hari semasa aku bercuti 5 hari itu. banyak juga movie-movie dah katam aku tonton. ada satu cerita pasal golongan ibu-ibu. motherhood nama nya. betapa urban nya kehidupan sekarang. dalam to-do-list seorang ibu, blogging pun termasuk sekali. masa yang sangat sesuai ibu itu blogging adalah gap selepas hantar anak ke sekolah pagi. sungguh teratur kehidupan jika ada to-do-list. tak ada lah kau terpinga-pinga apa nak buat sementara kau masih sihat, bernafas, dan masih hidup bukan. =.='

selalunya, watak ayah dilakonkan dengan gaya yang mudah. kira macam endah-tak-endah je pasal family. semua ibu kena buat. sementara ayah duduk menyandar sambil baca surat khabar. semua orang pun akan pikir begitu kan terutama golongan hawa. kita tak tahu apa yang ayah itu fikir. macam mana nak bayar itu. bayar ini. masalah tempat kerja yang tak pernah diluahkan di depan family. mesti ada angan-angan (ok.impian) semua lengkap untuk keluarga. kena lah kerja keras dan lebih masa. jadi, tak salah rasa jika ibu itu terus memberi sokongan. bukan bebelan melihat si ayah menyandar membaca surat khabar. setakat 5-10 minit. apa lah salah nya kan.

dalam cerita ni. aku sedar macam mana ibu dan ayah itu menyediakan terbaik untuk anak nya. bayangkan budak umur 6 tahun dapat ipod untuk hadiah hari lahir nya. ipod purple tu siap request. tengok. bila ibu dah urban. anak nya pon urban juga lah. ;D

reminder / remainder ; post ni hanya untuk menghargai pengorbanan ayah dan ibu ye. tiada yang tersirat. hanya tersurat semata-mata.

0 kritikan atau pujian: